Assalamualaykum semua,
Mai mahu share beberapa Pengalaman semasa kami backpackers pergi ke Had Yai dan Ai Nang Krabi dari 5 February 2016 hingga semalam 9 February 2016. Chinese New Year. Kami 4 orang. Seronok jugak tapi hati-hati yang ada yang naikkan harga dan menipu.
Kami bertolak dari KL ke hadyai pada pukul 12 midnite. Ticket bus pukul 11pm. Kelewatan di situ. Kami menggunakan khidmat bus Allisan. Single deck. Rate 4/10. Dengan harga RM90 biasalah hari perayaan memang mahal. Biasa RM70.
Sampai di immigration Bukit Kayu Hitam pukul 7am terkandas sedikit sebab semua mahu masuk Hay Yai. Traffic agak slow. Passport stamp di immigration Sadao, Thailand. So 2 immigration kena check. Satu keluar Malaysia, satu masuk Thailand. Jarak anggaran 1-2km. Dekat je.
Ada yang pergi Had Yai naik kereta sendiri, public transport bus atau train. Airport tiada di Had Yai. Belum bikin hehe
Dari Had Yai kami terus ke travel agent ambil van depa panggil mini bus ke krabi. Mai nasihatkan lebih baik ambil tut tut iaitu pengangkutan awam di sana terus pergi bus station tambah lebih kurang 25 bath iaitu rm3 dari situ beli ticket bus express 114bath iaitu rm20 hanya 4 jam ke Krabi town. Kami silap ambil van dari travel agent charge kami 500 bath iaitu Rm60. Ambil masa 6 jam ke Krabi ntah mana jalan dia ikut gerem oden tau. Kami ambil return tiket iaitu pergi bali 1000 bath rm120. Cisttt!! Kira kira jumlah jam campur bertekak dengan travel agent & bus dan van delay depa ikut jalan jauh dari KL ke krabi 19 jam. Sepatutnya 13 jam. Walaupun penat tapi kami maintain happy.
Sampai di Krabi kami menuju ke Ao Nang satu surburb di Krabi yang popular dan dekat dengan pantai. Saya dah kawan saya menginap di Kozy Hotel dan kawan kami 2 orang lagi di The Nine Hotel. Kozy kami sudah book dan bayar online sebelum datang manakala The Nine Hotel kami sudah book dan bayar semasa tiba di hotel berkenaan. Hotel The Nine lebih murah dan cantik. Hotel Kozy style lama dan service sangat sangat sangat teruk. Kami datang tiada towel, plug rosak, tiada breakfast yang kami bayar pada hari pertama. Hari kedua bila ditegur baru mahu buat tapi bising memekak mekat, reception ill mannered dan sebagainya. So jangan ambil kozy okay. Kami dah pun letak conment di Agoda. The Nine Hotel okay. Reception dia dari Narathiwat dan boleh bertutur dialect Kelantan. Baik dan sopan santun serta mesra. Bilik di kozy RM265 dan di The Nine Hotel RM215. Harga ini sebab ambil dah dekat sangat nak pergi dan chinese new year. So depa tekanlah kita. Harga asal tak sampai separuh dari itu.
Sambung nanti.. Nak makan lapo