Assalamualaykum teman-teman,
Semalam mai ingat nak update blog. Punyalah penat mengurusin 40 orang dalam trip ini tertido sampai dinner pun mai tak pegi nasib baik depa pack kan dinner.
Hari pertama kami bertolak dari rumah pukul 1:30 am 23 Dec 2014. Booked cab kawan. Terus menuju ke KFC KLIA 2, level 3 departure hall. Kami seramai lebih kurang 40 orang. Berlari sana sini mai kerana ada antaranya yang datang lambat.
Berkumpul di KLIA 2 pukul 3am, flight pukul 6:40am. Tapi ada juga sampai pukul 5am sebab ada anak-anak kecil. Tak mengapa selagi boleh check in tidak apa-apa. Jika AirAsia tutup check in itu yang dikuatiri.
Anyhiw semua kami selamat naik flight AK416 tiba di bandung. Mai membantu mereka untuk mengisi borang custom. Beratur dan memberi luggage mereka. Urusin pengangkutan untuk mereka. Mai ambil 2 buses dan satu kereta.
Kami pun bergerak terus ke FLOATING MARKET. Bukan mudah menguruskan 40 orang anak-anak kecil dan orang dewasa yang banyak ragamnya. Ada yang menangis tanpa henti ada yang sakit perut perlu ke tandas lama hehe. Tapi mereka semua baik-baik dan kelakar.
Kami meneruskan perjalanan ke Floating market. Macam-macam ada jual kat floating market atau pasar terapung. Mai try rujak Rs20,000. Sedap sedap dia letak caramel rasanya. Pedas. Lepastu beli satay kelinchi iaitu satay arnab. Mai rasa satu tapi tak suka sebab macam rasa kesian sebab armab kan cumils macam kucing.
Habis pasar terapung, kami pergi lunch masakan padang. Habis makan dan solat kami pergi kedai telekung. Mai beli satu telekung budak perempuan cost Rs100,000. Cantik juga ada sejadah sekali boleh di dijadikan bag.
Lepastu kami pun pergi check in hotel. Then keluar makan malam.
Keesokkan harinya kami pergi kekawah putih di Cibadewey. Perjalan memakan masa 2 jam pergi 2 jam balik. Kawah putih adalah tasik kawah gunung berapi yang dalamnya ada air yang mengandungi sulphur atau belerang. Tempat sini dekat dengan gunung Takubanprahu. Dingin udara kat sini. Sangat indah. Terdapat dua tasik sulphur iaitu di Cibadewey dan Takubanprahu.
Balik dari Kawah Putih, kami pun sunggah di Cibadewey menikmati makanan tengahari iaitu masakan Sunda. Sedap banyak ulaman dan sambal belacan serta pecal. Ayam mereka semuanya menggunakan ayam kanpung. Baru angkat dari kuali, masih panas dan sedapnya. Mentelah pulak sangat lapar. Yumms...
Lepas makan kami pergi ke Tokoh 3 jual jeans. Ada Levi, Lee Ccopers, wrangler. Tingkat 1 original, tingkat atas blouse office dan aspal jeans. Aspal bermakna tiruan.
Hari ke 3 kami pergi ke pasar baru dan Mode House. Pasar baru Boleh beli telekung, jubah, kain ela atau kain pasang banyak di sini. Keadaan di gedung pasar baru sangat sempit, terlalu tamai orang, jaga-jaga dengan bag. Letak di depan dada. Walaubagaimanapun ada pak polisi mengawasi. Cuma diri sendiri pun patut perihatin. Pasar baru ala-ala kedai di chow kit. Selepas menunaikan solat jumaat kami pergi menjamu nasi padang.
Mode house atau rumah mode berupa bungalow besar di buat kedai. Barangannya agak mahal tetapi quality lagi baik dari pasar baru. Ala-ala jusco atau parkson. Kedai rumah bungalow begini banyak terdapat bersebelahan atau sederet dengan rumah mode. Masa mai datang orang ramai sebab hujan tidak boleh keluar dari rumah mode. Selesai beli barang sudah clear sikit.
Lepas tumah mode kami pun pergi dinner. Kamiakan masakan indonesia. Sangat sedap cuma service agak lembab. Kekurangan pekerja.
Hari keempat kami siap-siap mahu pulang ke Malaysia.















No comments:
Post a Comment